KAJIAN PENYAKIT MATA BERKAITAN USIA (AREDS)
line

AREDS telah menunjukkan bahawa vitamin dan mineral tertentu melambatkan kemajuan degenerasi makular berkaitan usia.

Kajian Penyakit Mata Berkaitan Usia (Age-related Eye Disease Study – AREDS) telah direka untuk menilai kesan-kesan suplemen nutrisi yang mengandungi kombinasi rumusan vitamin C, vitamin E, beta-karoten, zink dan kuprum ke atas kemajuan degenerasi makular berkaitan usia (AMD).

AREDS ialah satu ujian klinikal utama yang ditaja oleh Institut Mata Kebangsaan Amerika Syarikat. Ujian klinikal utama ini telah mengkaji lebih kurang 3,600 peserta yang mengalami peringkat AMD yang berbeza-beza. Hasil kajian menunjukkan bahawa kombinasi ini telah mengurangkan dengan ketara sekali risiko mendapat AMD tahap maju sebanyak 25% dan kehilangan penglihatan sebanyak 19% dalam tempoh lima tahun.

» Rujukan

Rujukan:
1. National Eye Institute. For the Public: What the AREDS Means for You.

» Kembali

UJIAN MAKANAN TAMBAHAN ANTIOKSIDAN LUTEIN (LAST)
line

Manfaat mengambil makanan tambahan Lutein untuk kesihatan mata telah ditunjukkan oleh satu kajian yang dikenali sebagai “Ujian Makanan Tambahan Antioksidan Lutein” (Lutein Antioxidant Supplementation Trial – LAST). Kajian ini menunjukkan perbaikan ketara dari segi statistik dalam fungsi visual, pemulihan silau dan sensitiviti kontras.

Dalam kajian ini, para peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diberi kombinasi nutrien yang berlainan. Ada peserta yang menerima hanya 10 mg Lutein, hanya 10mg Lutein berserta antioksidan* atau plasebo.

Peserta yang diberi Lutein dan Lutein berserta antioksidan menunjukkan 50% peningkatan dalam purata ketumpatan optikal pigmen makula untuk tempoh 12 bulan berbanding dengan kumpulan plasebo. Kedua-dua rawatan dengan Lutein dan Lutein/antioksidan telah memperbaiki sebahagian ukuran fungsi visual dengan ketara sekali termasuk pemulihan silau, sensitiviti kontras dan ketajaman visual.

*Suplemen multivitamin dan mineral termasuk antioksidan yang kuat seperti vitamin C, E dan zink.

» Rujukan

Rujukan:
1. Richer S, Stiles W, Statkute L, Pulido J, Frankowski J, Rudy D, Pei K, Tsipursky M, Nyland J. Double-masked, placebo-controlled, randomized trial of lutein and antioxidant supplementation in the intervention of atrophic age-related macular degeneration: the Veterans LAST study (Lutein Antioxidant Supplementaion Trial). Optometry 2004;75:216-30.

» Kembali

Where to buy?


Available online and at all leading and independent pharmacies.