Lutein dan Zeaxanthin

LUTEIN DAN ZEAXANTHIN AMAT PENTING
line

Lutein dan Zeaxanthin ialah nutrien-nutrien karotenoid yang didapati dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam serta makanan-makanan lain seperti jagung dan telur kuning. Daripada lebih kurang 20 karotenoid yang dikesan dalam darah kita, hanya Lutein dan Zeaxanthin digunakan oleh mata. Nutrien-nutrien ini didapati dalam semua bahagian mata tetapi wujud dalam kepekatan hampir 1000 kali lebih besar dalam bahagian makula pada retina berbanding dengan mana-mana tisu yang lain dalam tubuh. Lutein dan Zeaxanthin memberikan makula warna kuning menyerlah dan sering dipanggil “pigmen makula”. Zeaxanthin didapati sangat pekat dalam makula sementara Lutein pula lebih ketara di bahagian tepi di sekeliling retina.

Lutein dan Zeaxanthin yang terdapat dalam kepekatan tinggi dalam kanta, retina dan makula memberikan perlindungan antioksidan kepada mata daripada:

  • Sinar ultra ungu (UV) daripada cahaya matahari
  • Sinar biru berbahaya daripada skrin komputer dan TV

Pendedahan berpanjangan kepada sinar UV dan sinar biru berbahaya sepanjang proses penuaan boleh menyebabkan kerosakan berlebihan akibat radikal bebas kepada mata dan membawa kepada imej kabur, kepenatan mata, penglihatan malam kurang baik dan kesukaran membaca. Lama-kelamaan kerosakan radikal bebas ini boleh membawa kepada penyakit mata biasa seperti katarak dan yang lebih serius iaitu degenerasi makular.

lutein-and-zeaxanthin1-1024x680

LUTEIN DAN ZEAXANTHIN MENGURANGKAN RISIKO MENDAPAT DEGENERASI MAKULAR DAN KATARAK
line

Mengambil suplemen Lutein dan Zeaxanthin setiap hari telah terbukti dapat meningkatkan ketumpatan 2 karotenoid ini di dalam mata dan membantu mencegah dan memulihkan sebahagian gangguan berkaitan usia seperti degenerasi makular dan katarak. Peningkatan kepekatan Lutein dan Zeaxanthin dalam kanta, retina dan makula juga membawa kepada penglihatan yang lebih sihat dan lebih tajam.

Beberapa kajian meyokong peranan Lutein dan Zeaxanthin dalam mengurangkan risiko mendapat degenerasi makular berkaitan usia (AMD) dan katarak. Keputusan kajian pemakanan yang dijalankan oleh Kajian Peperiksaan Kebangsaan Ketiga (Third National Examination Survey-NHANES III) telah mengesyorkan pengambilan minima 6-10mg Lutein dan Zeaxanthin setiap hari untuk mengurangkan risiko mendapat AMD. Keputusan yang serupa turut diperolehi daripada dua kajian yang diterbitkan dalam Investigative Ophthalmology and Visual Science. Hasil kajian menunjukkan bahawa mata dengan tahap pigmen makula yang lebih tinggi adalah kurang berkemungkinan mendapat AMD.

Selain itu, kajian-kajian terbaharu yang diterbitkan dalam Archives of Ophthalmology telah mendapati bahawa pemakanan yang kaya dengan Lutein dan Zeaxanthin ada perkaitan dengan kurangnya kejadian katarak nuklear di kalangan wanita berusia.

APAKAH SEBAB SUPLEMEN LUTEIN DAN ZEAXANTHIN DIPERLUKAN?
line

Malangnya tubuh kita tidak boleh menghasilkan Lutein dan Zeaxanthin. Tambahan lagi, serangan radikal bebas yang berterusan terhadap mata kita selama bertahun-tahun akan mengurangkan kepekatan Lutein dan Zeaxanthin dalam mata kita. Oleh itu kita perlu mendapatkan kedua-dua Lutein dan Zeaxanthin daripada pemakanan kita atau melalui suplemen.

Di bawah ialah jumlah Lutein dan Zeaxanthin yang didapati dalam sebahagian buah-buahan dan sayur-sayuran:-

Makanan Hidangan mg Makanan Hidangan mg
Bayam (mentah) 1 cawan 3.8 Brokoli (dimasak) 1 cawan 1.6
Labu Kuning(dimasak) 1 cawan 2.4 Daun Salad Rom (mentah) 1 cawan 1.3
Jagung (dimasak) 1 cawan 2.2 Lobak Merah (dimasak) 1 cawan 1.1
Kacang Pea (dalam tin) 1 cawan 2.2 Oren 1 (sederhana) 0.2

 

Berapa banyakkah yang perlu anda makan dalam sehari…

… untuk mendapat dos harian 10mg Lutein & 5mg Zeaxanthin yang dicadangkan
Brokoli (dimasak) Bayam (mentah) Oren Telur
4 cawan sehari 9 cawan sehari 75 biji sehari 100 biji sehari

Oleh itu, mengambil jumlah Lutein dan khususnya Zeaxanthin yang mencukupi melalui pemakanan semata-mata adalah sukar. Anda mungkin ingin pertimbangkan mengambil suplemen nutrisi untuk mendapatkan Lutein dan Zeaxanthin yang secukupnya.

» Rujukan

Rujukan :
1. U.S. Department of Agriculture, Agricultural Research Service. USDA National Nutrient Database for Standard Reference
2. Julie A. Mares-Perlman, Alicia I. Fisher, Ronald Klein, Mari Palta, Gladys Block, Amy E. Millen and Jacqueline D. Wright, “Lutein and Zeaxanthin in the Diet and Serum and Their Relation to age-related Maculopathy in the Third National Health and Nutrition Examination Survey,” American Journal of Epidemiology 153 (2001): 424-432, accessed July 28, 2014.
3. Beatty S., Murray IJ, Henson DB, Carden D, Koh H, Boulton ME. “Macular Pigment and Risk for Age-related Macular Degeneration in Subjects from a Northern European population,” Investigative Ophthalmology and Visual Science 42(2001): 439-46, accessed July 28, 2014.
4. Bone RA1, Landrum JT, Mayne ST, Gomez CM, Tibor SE and Twaroska EE. “Macular Pigment in Donor Eyes with and without AMD: a Case-control Study,” Investigative Ophthalmology and Visual Science. 42(2001):235-40, accessed July 28, 2014.
5. Suzen M. Moeller, Rick Voland, Lesley Tinker, Barbara A. Blodi, Michael L. Klein, Karen M. Gehrs, Elizabeth J. Johnson, D. Max Snodderly, Robert B. Wallace, Richard J. Chappell, Niyati Parekh, Cheryl Ritenbaugh, Julie A. Mares, CAREDS Study Group, “Associations between Age-related Nuclear Cataract and Lutein and Zeaxanthin in the Diet and Serum in the Carotenoids in the Age-Related Eye Disease Study (CAREDS), an Ancillary Study of the Women’s Health Initiative,” Archives of Ophthalmology 126 (2008):354-364, accessed July 28, 2014, doi: 10.1001/archopht.126.3.354

» Tutup rujukan

Where to buy?


Available online and at all leading and independent pharmacies.