Sinar Biru Berbahaya !

PERANTI DIGITAL MENGELUARKAN SINAR BIRU 
line

Secara asasnya kebanyakan peranti digital mempunyai satu perkara yang sama: semuanya mengeluarkan sinar biru yang juga dikenali sebagai cahaya tampak bertenaga tinggi.

Peranti digital yang mengeluarkan sinar biru termasuk:- 

  • Telefon pintar
  • Komputer
  • Komputer riba
  • Televisyen LED dan LCD
  • Tablet dan sebagainya.

PERANTI DIGITAL MENGELUARKAN SINAR BIRU 
line

Secara asasnya kebanyakan peranti digital mempunyai satu perkara yang sama: semuanya mengeluarkan sinar biru yang juga dikenali sebagai cahaya tampak bertenaga tinggi.

Peranti digital yang mengeluarkan sinar biru termasuk:- 

  • Telefon pintar
  • Komputer
  • Komputer riba
  • Televisyen LED dan LCD
  • Tablet dan sebagainya.

SINAR BIRU
line

Sinar biru terdapat di mana-mana sahaja dan boleh didapati dalam paparan telefon pintar, komputer, komputer riba dan tablet.

“Sinar biru adalah bahagian paling bertenaga dalam spektrum cahaya tampak,” kata pakar oftalmologi Bernard Godley dari Yayasan Retina, Barat Daya Dallas, Amerika Syarikat. Jarak gelombang sinar biru ialah pada julat 380 hingga 500 nanometer (nm). Jalur sinar biru yang dianggap paling berpotensi berbahaya kepada sel-sel retina berada pada julat 415 hingga 455 nm. Sebahagian daripada peranti digital yang paling disukai menggunakan cahaya daripada diod pemancar cahaya (LED) – teknologi cahaya belakang untuk meningkatkan kecerahan skrin. LED ini mengeluarkan sinar biru yang kuat, biasanya dalam jarak gelombang bermula pada 400 nm yang sangat berbahaya kepada penglihatan kita.

Sumber: The Vision Council

SINAR BIRU
line

Sinar biru terdapat di mana-mana sahaja dan boleh didapati dalam paparan telefon pintar, komputer, komputer riba dan tablet.

“Sinar biru adalah bahagian paling bertenaga dalam spektrum cahaya tampak,” kata pakar oftalmologi Bernard Godley dari Yayasan Retina, Barat Daya Dallas, Amerika Syarikat. Jarak gelombang sinar biru ialah pada julat 380 hingga 500 nanometer (nm). Jalur sinar biru yang dianggap paling berpotensi berbahaya kepada sel-sel retina berada pada julat 415 hingga 455 nm. Sebahagian daripada peranti digital yang paling disukai menggunakan cahaya daripada diod pemancar cahaya (LED) – teknologi cahaya belakang untuk meningkatkan kecerahan skrin. LED ini mengeluarkan sinar biru yang kuat, biasanya dalam jarak gelombang bermula pada 400 nm yang sangat berbahaya kepada penglihatan kita.

Sumber: The Vision Council

APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG TELEFON PINTAR MUNGKIN BOLEH MEMBUTAKAN MATA ANDA

line

Kesan negatif sinar biru terhadap kesihatan mata kita

Secara asasnya, kebanyakan peranti digital mempunyai satu perkara yang sama: semuanya mengeluarkan sinar biru, sejenis cahaya bertenaga tinggi yang sangat berbahaya kepada mata kita. Sinar biru ada di mana-mana dan sentiasa dikeluarkan daripada pencahayaan belakang LED telefon pintar, computer, computer riba dan tablet.

Pendedahan yang bertambah dan berpanjangan kepada sinar biru boleh menyebabkan kerosakan retina iaitu lapisan tisu di belakang mata yang sentifif cahaya. Kedua-dua retina dan macula tidak boleh dihasilkan semula atau diganti jika rosak. Apabila kerosakan berlaku, mata akan terdedah dengan lebih banyak kepada sinar biru, sinar UV daripada cahaya matahari dan lain-lain factor alam sekitar yang berbahaya, seterusnya meningkatkan risiko kerosakan penglihatan jangka panjang. Sinar biru membawa kepada ketegangan mata digital dengan symptom-simptom termasuk penglihatan kabur, mata kering dan sebagainya.

Pendedahan kepada sinar biru boleh membawa kepada degenerasi makular berkaitan usia

Kajian terkini mendapati bahawa pendedahan berterusan dan semakin bertambah kepada sinar biru ini boleh merosakkan sel-sel retina dan membawa kepada degenerasi makular berkaitan usia (AMD). AMD ialah penyebab kerosakan visual dan kebutaan paling biasa berlaku di kalangan warga tua.

Retina ialah lapisan tisu yang sensitif kepada cahaya di belakang mata bahagian dalam. Ia boleh dirosakkan oleh radiasi tampak bertenaga tinggi sinar biru/ sinar UV yang menembusi pigmen makula yang terdapat dalam mata. Retina tidak boleh dihasilkan semula atau digantikan jika rosak. Apabila kerosakan telah berlaku, mata akan bertambah terdedah kepada sinar biru dan faktor-faktor persekitaran lain yang berbahaya, seterusnya meningkatkan risiko kepada kerosakan penglihatan jangka panjang. Menurut satu kajian oleh Institut Mata Schepens, pigmen makula dalam ketumpatan yang rendah boleh memberi faktor risiko kepada AMD dengan membenarkan lebih banyak kerosakan akibat sinar biru.

fotoliacomp_107802197_4q61gc4ixarxefcy9xbk7ogirrleyrkt_w95

PERLINDUNGAN 
line


Melanin sebagai perlindungan daripada sinar biru dan sinar UV berbahaya

Melanin ialah pigmen yang memberi warna kepada kulit, rambut dan mata manusia. Selain dari memberikan warna kepada mata kita, melanin juga memberi perlindungan daripada sinar biru dan sinar UV berbahaya. Ia ialah perlindungan penapis matahari semula jadi tubuh. Walau bagaimanapun, apabila kita semakin berusia, kita kehilangan melanin. Apabila mencapai usia 65 tahun, lebih kurang separuh daripada perlindungan itu telah hilang, menjadikan kita lebih mudah mendapat penyakit mata seperti degenerasi makular.

Lindungi Mata Anda daripada Sinar Biru Berbahaya

Ia adalah penting untuk anda mengetahui bagaimana untuk melindungi penglihatan mata anda daripada kesan-kesan berbahaya akibat terdedah kepada sinar biru. Di bawah ialah beberapa tip untuk membantu anda menjaga mata untuk kekal sihat.

» Maklumat Lanjut

1. Suplemen dengan nutrien lutein dan zeaxanthin

Zeaxanthin didapati sangat pekat dalam makula sementara lutein lebih ketara dalam retina. 2 nutrien mata yang berkuasa ini memberi perlindungan antioksidan terhadap sinar biru berbahaya daripada peranti-peranti digital dan sinar ultra ungu (UV) daripada cahaya matahari. Mengambil lutein dan zeaxanthin tambahan meningkatkan ketumpatan pigmen makula untuk membantu mengekalkan penglihatan.

2. Memakai cermin mata perlindungan di dalam rumah dan di luar rumah

Untuk penggunaan di dalam rumah, terdapat kanta dengan penapis berwarna jingga/ kuning yang dikhususkan untuk menapis sinar biru dan ungu yang dipancarkan oleh banyak peranti digital. Selain itu, penapis cahaya tampak bertenaga tinggi yang direka khas untuk menghalang sinar biru adalah pilihan terbaik untuk mengurangkan kesan buruk pendedahan kepada sinar biru berlebihan.

Cermin mata hitam yang diwarnai atau polarisasi khas untuk menyerap sinar UV dan sinar biru pula adalah sesuai untuk kegunaan di luar rumah.

Rujukan:

1. American Macular Degeneration Foundation. Ultra-violet and Blue Light Aggravate Macular Degeneration.
2. The Vision Council 2015. Digital Eye Strain Report.

» Kembali

Where to buy?

Available online and at all leading and independent pharmacies.