Terma & Syarat

Sila fahami terma dan syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan laman web ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda mengesahkan yang anda bersetuju tanpa syarat dengan terma dan syarat berikut. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat ini, sila elakkan daripada menggunakan laman ini.

Semua kandungan dan ciri-ciri produk yang diterangkan atau digambarkan pada Laman Web ini (‘Laman Web’ ini – http://www.occusharp.com), adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa diberi notis terdahulu. Adanya paparan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan di Laman Web ini pada bila-bila masa yang tertentu tidak bermakna atau menjamin bahawa mana-mana daripada produk-produk atau perkhidmatan ini boleh didapati pada bila-bila masa di negara tempat tinggal anda.

Live-well Nutraceuticals akan melakukan segala usaha yang munasabah untuk mempersembahkan dengan tepat sifat-sifat produk, termasuk warna-warnanya; walau bagaimanapun, warna sebenar yang anda lihat biasanya bergantung kepada sistem komputer anda dan kami tidak dapat menjamin bahawa komputer anda akan memaparkan warna-warna sedemikian dengan tepat.

Semua langkah-langkah telah diambil untuk memastikan maklumat di Laman Web ini lengkap, tepat dan terkini. Namun begitu, maklumat pada Laman Web ini boleh, ada ketikanya, tidak tepat, tidak lengkap dan tidak terkini. Kami tidak membuat sebarang representasi berkenaan kelengkapan, ketepatan atau kekinian sebarang maklumat di Laman Web ini. Sebagai contoh, produk-produk yang dipaparkan dalam Laman Web ini mungkin tidak boleh didapati atau mungkin mempunyai sifat-sifat yang berlainan daripada yang disenaraikan. Tambahan lagi, kami mungkin akan membuat perubahan dalam maklumat tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Walaupun nasihat daripada para penasihat kesihatan kami adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka, nasihat dan syor yang mereka berikan bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat daripada pakar perubatan anda. Anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan profesional mengenai kebolehgunaan mana-mana syor yang berkaitan dengan simptom-simptom atau keadaan kesihatan anda.

Reka bentuk Laman Web ini dan semua teks, grafik, maklumat, kandungan dan lain-lain bahan yang dipaparkan di atau yang boleh dimuat turun daripada Laman Web ini adalah dilindungi oleh undang-undang hak cipta, tanda dagang dan lain-lain dan tidak boleh digunakan kecuali setakat yang dibenarkan oleh Terma dan Syarat ini atau dengan kebenaran bertulis daripada pemilik bahan-bahan yang sedemikian terlebih dahulu. Semua hak cipta adalah terpelihara.

Semua kandungan tidak boleh disalin, dipindah, diubah suai, diedar, dipapar atau sebaliknya menggunakan sebarang bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada Live-well Nutraceuticals. Kegagalan berbuat demikian boleh melanggar undang-undang hak cipta.

Tanda dagang, nama dagang, tanda perkhidmatan dan logo yang digunakan atau dipaparkan di Laman Web ini adalah tanda dagang, nama dagang dan tanda perkhidmatan yang berdaftar dan tidak berdaftar milik Live-well dan sekutu-sekutunya. Lain-lain tanda dagang, nama dagang dan tanda perkhidmatan yang diguna atau dipaparkan di Laman Web ini adalah tanda dagang, nama dagang dan tanda perkhidmatan yang berdaftar dan tidak berdaftar kepunyaan pemiliknya masing-masing, termasuk sekutu-sekutu mereka. Tiada apa-apa yang terkandung dalam Laman Web ini membenarkan atau harus ditafsirkan sebagai membenarkan, secara implikasi atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana tanda dagang, nama dagang, tanda perkhidmatan atau logo yang terpapar di Laman Web ini tanpa kebenaran bertulis Live-well Nutraceuticals atau lain-lain pemilik yang seumpamanya.

Ada ketikanya Laman Web ini akan mempunyai pautan-pautan ke laman-laman web yang tidak dimiliki, dikendalikan atau dikawal oleh Live-well atau ahli-ahli sekutunya (termasuk tetapi tidak terhad kepada drugstore.com). Kesemua pautan yang sedemikian disediakan semata-mata untuk kemudahan anda. Sekiranya anda menggunakan pautan-pautan ini, anda akan meninggalkan Laman Web ini. Kami atau mana-mana sekutu kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan, bahan atau lain-lain maklumat yang terdapat atau yang boleh diakses daripada mana-mana laman web yang lain. Kami atau mana-mana sekutu kami tidak mengendors, menjamin atau membuat sebarang representasi atau waranti mengenai mana-mana laman web yang lain atau terhadap sebarang kandungan, bahan atau lain-lain maklumat yang terdapat atau yang boleh diakses daripada mana-mana laman web lain atau hasil yang anda boleh dapati daripada menggunakan mana-mana laman web lain. Sekiranya anda memutuskan untuk mengakses mana-mana laman web lain yang dipautkan ke atau daripada Laman Web ini, anda melakukannya atas risiko yang ditanggung sendiri.

Mencipta atau menyenggarakan sebarang pautan daripada laman web lain ke mana-mana halaman pada Laman web ini tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu adalah dilarang. Mengusahakan atau memaparkan Laman web ini atau sebarang maklumat atau bahan yang dipaparkan di Laman web ini dalam kerangka atau melalui kaedah-kaedah yang serupa pada laman web yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu adalah dilarang. Mana-mana pautan yang dibenarkan ke Laman Web ini hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terpakai.

Mengirim atau memaparkan sebarang bahan yang melanggar undang-undang, berbaur hasutan, ancaman, lucah, pornografi atau menghina atau sebarang bahan yang boleh mengandungi atau menyokong perbuatan yang boleh dianggap satu kesalahan jenayah atau membawa kepada liabiliti awam atau sebaliknya mencabuli mana-mana undang-undang adalah dilarang. Sebagai tambahan kepada sebarang remedi yang kami mungkin ada dari segi undang-undang atau dalam kesaksamaan, sekiranya kami mendapati, menurut budi bicara mutlak kami, bahawa anda telah mencabuli atau berkemungkinan untuk mencabuli larangan-larangan yang telah dinyatakan di atas, kami mungkin akan mengambil tindakan yang kami anggap perlu untuk mencegah pencabulan tersebut, termasuk tanpa terhad kepada, mengeluarkan bahan-bahan yang berkaitan dengan serta-merta daripada Laman Web ini. Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak penguatkuasa undang-undang atau arahan atau sapina mahkamah yang meminta atau mengarahkan kami untuk mendedahkan identiti sesiapa yang mengirimkan bahan-bahan yang sedemikian.

Selain daripada maklumat pengenalan diri yang tertakluk kepada Penyata Privasi Laman Web ini, sebarang bahan, cadangan, idea, konsep, pengetahuan, teknik, maklumat, soalan, komen atau lain-lain bentuk komunikasi yang anda hantar atau kirim ke Laman Web ini dalam apa-apa kaedah (“Komunikasi Pengguna”) adalah dan akan dianggap sebagai bukan sulit dan bukan hak milik. Kami dan sekutu-sekutu kami dan wakil-wakil yang dilantik kami atau mereka boleh menggunakan mana-mana atau semua Komunikasi Pengguna untuk sebarang tujuan apa jua pun, termasuk tanpa terhad kepada penghasilan semula, transmisi, pendedahan, penerbitan, penyiaran, pembangunan, pembuatan dan/atau pemasaran dalam apa-apa cara jua pun, untuk sebarang atau semua tujuan komersial atau bukan komersial. Kami mungkin tetapi tidak berkewajipan untuk, memantau atau menyemak mana-mana Komunikasi Pengguna. Kami tidak akan berkewajipan untuk mengguna, memulang, menyemak atau memberi maklum balas kepada mana-mana Komunikasi Pengguna. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan kandungan sebarang Komunikasi Pengguna yang sedemikian, sama ada yang timbul di bawah undang-undang hak cipta, fitnah, privasi, kelucahan atau sebaliknya atau tidak. Kami mengekalkan hak untuk mengeluarkan mana-mana atau semua Komunikasi Pengguna yang mengandungi sebarang bahan yang kami anggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima.

Penggunaan laman ini adalah atas risiko anda sendiri. Maklumat, bahan-bahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dan melalui Laman Web ini adalah disediakan berdasarkan “seadanya” tanpa sebarang waranti dalam apa-apa bentuk termasuk waranti produk, kecergasan bagi tujuan tertentu atau bukan pelanggaran harta intelek. Live-well Nutraceuticals juga tidak memberi jaminan terhadap ketepatan maklumat, bahan-bahan atau perkhidmatan yang disediakan di atau melalui Laman Web ini. Maklumat, bahan-bahan dan perkhidmatan yang disediakan di atau melalui Laman Web ini mungkin bukan terkini dan Live-well Nutraceuticals juga tidak membuat sebarang komitmen atau menerima sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini maklumat, bahan-bahan atau perkhidmatan yang sedemikian. Pengecualian waranti tersirat ini ini tidak terpakai setakat yang dilarang oleh undang-undang Sila rujuk kepada undang-undang tempatan anda bagi mana-mana larangan yang sedemikian.

Live-well Nutraceuticals tidak bertanggungjawab atau akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kerosakan kepada atau sebarang virus yang mungkin menyerang komputer anda, peralatan telekomunikasi atau lain-lain harta yang disebabkan oleh atau yang timbul daripada akses anda kepada, penggunaan atau melayari Laman Web ini atau perbuatan anda memuat turun sebarang maklumat atau bahan daripada Laman Web ini. Dalam apa-apa keadaan sekalipun, Live-well Nutraceuticals atau mana-mana pegawai, pengarah, pekerja, sekutu, ejen pengganti dan penerima serah hak, juga mana-mana pihak, tidak akan terlibat dalam penciptaan, penghasilan atau penyiaran kerosakan tidak langsung, istimewa, sampingan atau akibat yang timbul daripada penggunaan, ketidakupayaan untuk menggunakan atau akibat daripada penggunaan Laman Web ini, mana-mana laman web yang dipautkan ke Laman Web ini atau bahan-bahan, maklumat atau perkhidmatan yang terkandung dalam mana-mana atau semua laman web yang seumpamanya, sama ada bergantung kepada jaminan, kontrak atau mana-mana teori undang-undang lain dan sama ada dinasihatkan tentang kerosakan yang mungkin berlaku atau tidak. Sekatan liabiliti yang dinyatakan di atas tidak terpakai setakat yang dilarang oleh undang-undang. Sila rujuk kepada undang-undang tempatan anda untuk mengetahui tentang mana-mana larangan yang sedemikian.

Anda akan bersetuju untuk tidak terus menggunakan Laman Web ini sekiranya sebarang isu timbul daripada penggunaan Laman Web ini atau mana-mana kandungannya.

Terma dan Syarat ini boleh disemak pada bila-bila masa dan ada ketikanya dengan mengemaskini kiriman ini. Anda harus lawati halaman ini dari semasa ke semasa untuk menyemak Terma dan Syarat semasa kerana ia mengikat ke atas anda. Ada peruntukan tertentu dalam Terma dan Syarat ini yang boleh digantikan oleh notis undang-undang atau terma yang terletak di halaman tertentu di Laman Web ini.

Terma dan syarat yang ditetapkan kemudian daripada ini akan menggantikan mana-mana perjanjian lain di antara anda dan Live-well Nutraceuticals atau setakat yang perlu untuk menyelesaikan apa-apa yang tidak konsisten atau tidak jelas. Terma dan syarat ini akan ditadbir dan ditafsir menurut undang-undang Malaysia, tanpa menjejaskan mana-mana prinsip konflik undang-undang. Sebarang tindakan untuk mendapatkan relief undang-undang atau kesaksamaan yang timbul daripada atau yang berkait dengan Laman Web ini hanya boleh dikemukakan di Malaysia sahaja.

Anda atau kami boleh menggantung atau menamatkan akaun anda atau penggunaan anda ke atas Laman Web ini pada bila-bila masa, untuk sebarang sebab atau tanpa sebab. Kami berhak untuk mengubah, menggantung atau tidak meneruskan semua atau mana-mana aspek Laman Web ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis.

Maklumat yang terkandung dalam Laman Web ini disediakan bagi tujuan penerangan semata-mata dan bukan bermaksud untuk menggantikan nasihat yang diberikan oleh doktor anda atau lain-lain pakar penjagaan kesihatan profesional. Anda tidak harus menggunakan maklumat yang disediakan di atau melalui Laman Web ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat yang mungkin disediakan di Laman Web ini oleh pakar penjagaan kesihatan atau nutrisi profesional yang bertugas dengan atau dilantik secara kontrak oleh Live-well) untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit atau mempreskripsi sebarang ubat. Maklumat dan kenyataan mengenai makanan tambahan ini bukan bermaksud untuk mendiagnosis, merawat, mengubat atau mencegah sebarang penyakit.

Anda bersetuju untuk melindungi dan memastikan Live-well dan syarikat induk, sekutu-sekutu (dan penerima francais dan lesen mereka), dan subdiari, pegawai, pengarah, pekerja, pengganti dan penerima serah hak, selamat daripada sebarang tuntutan, kerugian atau permintaan, termasuk yuran guaman yang munasabah, yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga disebabkan oleh atau yang timbul daripada penggunaan Laman Web kami oleh anda, hubungan anda dengan Laman Web kami, pencabulan Terma dan Syarat ini atau pencabulan yang anda lakukan ke atas mana-mana hak pihak yang lain. Indemniti ini akan mengatasi penamatan Terma dan Syarat ini.

Kami tidak membuat sebarang representasi bahawa Laman Web ini atau kandungannya (termasuk, tanpa terhad kepada, mana-mana produk atau perkhidmatan yang disediakan di atau melalui Laman Web ini) adalah sesuai atau sedia diguna di lain-lain lokasi. Pengguna yang mengakses Laman Web ini melakukannya atas inisiatif mereka sendiri dan haruslah bertanggungjawab untuk patuh kepada undang-undang tempatan, sekiranya terpakai. Tiada kandungan daripada Laman Web ini yang boleh dimuat turun yang mencabuli undang-undang Amerika Syarikat.

Kegagalan kami untuk melaksanakan atau menjalankan mana-mana hak atau peruntukan Terma dan Syarat ini tidaklah boleh dianggap sebagai satu penepian hak atau peruntukan yang sedemikian oleh kami. Sekiranya mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini didapati oleh mahkamah dengan bidang kuasa kompeten sebagai tidak sah, pihak-pihak terlibat dengan ini bersetuju bahawa mahkamah hendaklah mengambil kira niat pihak-pihak tersebut seperti yang digambarkan dalam peruntukan tersebut dan peruntukan Terma dan Syarat kami yang lain kekal berkuatkuasa sepenuhnya. Anda bersetuju bahawa tanpa mempedulikan sebarang statut undang-undang yang sebaliknya, sebarang tuntutan atau tindakan yang timbul daripada atau berkait dengan penggunaan Laman Web ini atau Terma dan Syarat kami hendaklah difailkan dalam tempoh satu (1) tahun selepas tuntutan atau tindakan yang sedemikian timbul atau selama-lamanya disekat.

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut mengenai Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini atau jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen, hubungi kami di Live-well Nutraceuticals 22-1, Jalan PJU 5/20D, The Strand, 47810 Kota Damansara, Selangor, Malaysia atau emel kepada kami di info@livewell2u.com.

Terma dan Syarat ini telah dikemas kini pada Feb 2016.