ANTIOKSIDAN DAN ASID LEMAK OMEGA-3
Sayur-sayuran dan buah-buahan kaya dengan antioksidan (beta-karoten, vitamin C dan E, dan sebagainya) yang melindungi mata anda dengan mengurangkan kerosakan yang berkait dengan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit mata berkaitan usia seperti degenerasi makular berkaitan usia.
Nutrien | Manfaat | Sumber makanan |
Beta-karoten | Prakursor kepada vitamin A, digunakan untuk merawat kebutaan malam | Lobak merah, labu kuning, tomato dan ubi keledek |
Vitamin C | Mengurangkan risiko mendapat katarak | Limau gedang, brokoli, strawberi, betik, oren dan lada benggala |
Vitamin E | Melindungi sel mata daripada kerosakan radikal bebas. Selain itu, vitamin E dan C bekerja bersama supaya tisu sihat kekal kuat | Badam, biji bunga matahari, avokado, brokoli, ubi keledek |
ASID LEMAK OMEGA-3

Asid lemak Omega-3 ialah lemak baik yang tubuh kita perlukan untuk membina semula dan mengekalkan sel-sel tubuh serta mengawal atur banyak fungsi kesihatan yang lain. Namun begitu, tubuh kita tidak berupaya untuk menghasilkan Omega-3 sendiri. Oleh itu, Omega-3 hendaklah diperolehi daripada pemakanan kita atau daripada makanan tambahan. Sumber-sumber Omega-3 yang baik ialah minyak sayuran seperti minyak kanola, biji rami, kacang walnut, biji chia dan tentu sekali sumber Omega-3 yang paling terkenal – ikan berlemak seperti salmon dan tuna.
Dua jenis asid lemak Omega-3 telah dibuktikan penting untuk perkembangan visual dan fungsi retina yang baik iaitu asid Dokosaheksaenoik (DHA) dan asid Eikosapentaenoik (EPA). DHA didapati dalam kepekatan paling tinggi dalam retina, diperlukan untuk perkembangan visual yang optimum. EPA digunakan dalam pengeluaran DHA. Paras EPA dan DHA yang rendah telah dikaitkan dengan gangguan mata seperti degenerasi makular berkaitan usia dan retinopati diabetik.
Dalam satu kajian besar di Eropah yang diterbitkan pada tahun 2008, para peserta yang makan ikan berlemak sekurang-kurangnya sekali seminggu didapati mempunyai separuh risiko mendapat degenerasi makular berbanding dengan mereka yang makan ikan kurang daripada sekali seminggu.
» Rujukan
Rujukan:
1. Augood C, Chakravarthy U, Young I, et al. Oily fish consumption, dietary docosahexaenoic acid and eicosapentaenoic acid intakes, and associations with neovascular age-related macular degeneration. Am J Clin Nutr. 2008;88(2):398-406
2. American Optometric Association. Diet & Nutrition.
3. American Optometric Association. Essential Fatty Acids.
» Kembali
