Disarankan untuk pengguna Live-well OCCUsharp. Formula sinergi 5 dalam 1 dengan vitamin, minerals & antioksidan yang baru untuk membantu melindungi tubuh dan mata kita dengan lebih perlindungan antioksidan.

Live-well OCCUgard mengandungi Vitamin A untuk menambah baik penglihatan ditambah dengan manfaat tambahan Vitamin C, E, Zink & Kuprum untuk tindakan sinergi. Vitamin A adalah penting untuk pengeluaran rhodopsin dalam tubuh kita – pigmen sensitif cahaya yang penting untuk penglihatan pada waktu malam. Ia juga penting untuk mengekalkan penglihatan yang sihat.

Vitamin C & E adalah antioksidan yang terkenal yang membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas berlebihan kepada sel-sel, tisu dan organ-organ kita. Kedua-dua vitamin C dan E bertindak secara sinergistik untuk melindungi dan mengekalkan tisu mata yang sihat.

Zink adalah mineral yang terdapat dalam kebanyakan sel-sel dalam badan. Ia membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Zink juga memainkan peranan dalam mengangkut vitamin A dari hati ke retina untuk menghasilkan melanin – satu lagi pigmen semulajadi untuk melindungi mata kita. Di samping itu, kuprum ditambah ke Live-well OCCUgard untuk meningkatkan tindakan nutrient-nutren di atas. Kuprum juga bertindak sebagai antioksidan dan membantu mengekalkan kesihatan tisu penghubung.

» Rujukan

Rujukan:
1. National Institute of Health. “Vitamin A- Consumer Fact Sheet.” Accessed August 9, 2016. https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminA-Consumer/
2. Pham-Huy, L.A., He, H. and Pham-Huyc, C. “Free radicals, antioxidants in disease and health.” International Journal of Biomedical Science 4(2008): 89-96. Accessed August 9, 2016. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3614697/.

» Kembali

Ciri-ciri
line

Ambil Live-well OCCUgard setiap hari sebagai perlindungan tambahan terhadap kerosakan radikal bebas yang berbahaya kepada badan dan mata kita.

  • Mereka yang menghabiskan masa berjam-jam di depan TV
  • Pengguna komputer
  • Mereka yang mempunyai penglihatan waktu malam kurang baik
  • Mereka yang mencari perlindungan yang lebih antioksidan untuk badan dan mata
  • Membantu mengekalkan penglihatan yang sihat
  • Perlindungan antioksidan kepada sel-sel badan, tisu & organ
  • Membantu mengekalkan kesihatan mata

60 tablet

1 tablet setiap hari selepas makan

Tiada yang diketahui

Bahan Aktif Setiap Tablet Kekuatan
Vitamin A 5000 IU
Vitamin C 300 mg
Vitamin E 50 IU
Zink 15 mg
Kuprum 1 mg

Q1. Bagaimanakah Live-well OCCUgard manfaat mata?

Live-well OCCUgard mengandungi Vitamin A untuk menambah baik penglihatan ditambah dengan manfaat tambahan Vitamin C, E, Zink & Kuprum untuk tindakan sinergi. Vitamin A adalah penting untuk pengeluaran rhodopsin dalam tubuh kita – pigmen sensitif cahaya yang penting untuk penglihatan pada waktu malam. Ia juga penting untuk mengekalkan penglihatan yang sihat. Nutrien lain termasuk Vitamin C, E, Zink dan Kuprum membantu melindungi mata dengan mengurangkan kerosakan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit mata yang berkaitan dengan usia.

Q2. Mengapakah saya perlu mengambil OCCUgard jika saya telah mengambil OCCUsharp?

Live-well OCCUsharp mengandungi karotenoid antioksidan Lutein dan Zeaxanthin, yang amat pekat dalam makula, retina dan kanta mata. Lutein dan Zeaxanthin juga dikenali sebagai pigmen makula, yang bertindak sebagai “cermin mata hitam dalaman” untuk melindungi mata terhadap cahaya biru merosakkan dipancarkan dari peranti digital dan sinar UV yang berbahaya.

Ini ialah iklan produk suplemen.