Nutrien Mata Penting

NUTRISI UNTUK MATA SIHAT
line

Menambah nutrien yang baik untuk mata kepada pemakanan anda setiap hari boleh membantu menyelamatkan penglihatan anda. Kajian telah menunjukkan bahawa nutrien seperti Lutein / Zeaxanthin, vitamin C, vitamin E, dan asid lemak omega-3 boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit mata yang tertentu termasuk degenerasi makular dan katarak.

Lutein dan Zeaxanthin: Antioksidan-antioksidan yang kuat ini hadir secara semula jadi dalam makula dan adalah penting dalam membantu menapis sinaran biru berbahaya. Oleh itu, kedua-duanya adalah nutrien penting untuk kesihatan mata.

Vitamin C dan vitamin E: Antioksidan-antioksidan ini juga berfungsi secara sinergi untuk membantu melindungi mata daripada kerosakan oleh radikal bebas berbahaya.

Asid lemak omega-3: Penting untuk perkembangan visual dan fungsi retina yang sepatutnya.

Nutrien-nutrien yang baik untuk mata ini boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan termasuk sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan, ikan berlemak dan sebagainya. Anda boleh memperolehi nutrien-nutrien ini sama ada melalui pemakanan atau suplemen nutrisi.

healthy-pretty-food_getty_640x480

PEMAKANAN UNTUK MATA SIHAT
line

Malang sekali, kebanyakan daripada kita tidak mengambil makanan yang baik untuk mata dengan secukupnya dalam makanan harian kita. Terdapat banyak nutrien bermanfaat yang boleh didapati dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang penting untuk kesihatan mata tetapi ramai rakyat Malaysia kekurangan.

Garis Panduan Pemakanan Malaysia mengesyorkan kita makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa 72.8% rakyat Malaysia berumur 25 hingga 64 tahun tidak mencapai pengambilan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari seperti yang disyorkan. Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan (NHMS) tahun 2011 melaporkan bahawa hanya 15.5% rakyat Malaysia dewasa yang memenuhi panduan mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan sayur-sayuran setiap hari dan 13.7% untuk dua hidangan buah-buahan setiap hari.

» Rujukan

Rujukan:
1. Ministry of Health Malaysia, Institute of Public Health (MY) National Health and Morbidity Survey 2011: Methodology and General Findings. Kuala Lumpur: Institute of Public Health; 2011.
2. Ministry of Health. “MyNCDS-1. Malaysia NCD Surveillance-1 2005/2006. NCD Risk Factors in Malaysia.” (2006) Ministry of Malaysia, Putrajaya.
3. American Optometric Association. Diet & Nutrition.

» Tutup rujukan

Where to buy?

Available online and at all leading and independent pharmacies.