Tentang Live-well

TENTANG LIVE-WELL
line

Di Live-well, kami percaya bahawa individu dan proses di sebalik innovasi kesihatan adalah sama penting dengan produk tersebut. Live-well dibentuk dengan nilai yang tersendiri dan ini memberi ruang untuk kami berdiri teguh di belakang setiap produk yang kami tawarkan.

Live-well ditubuhkan dan diuruskan oleh sekumpulan ahli farmasi dengan 60 tahun pengalaman di antara mereka. Pengasas kami memperoleh pandangan and pendapat yang bernas daripada pelanggan mereka, iaitu melalui interaksi harian sepanjang kerjaya mereka sebagai ahli farmasi. Pengetahuan ini membawa kepada penghasilan formulasi kesihatan yang direka khas untuk memenuhi keperluan populasi yang semakin meningkat kesedaran mereka tentang isu-isu kesihatan.

KAJIAN YANG BERLANDASKAN NILAI-NILAI
line

Kami mengambil pendekatan dari pelbagai sudut terhadap kesihatan. Dalam memperkasakan pengetahuan kepada orang ramai, kami memperolehi maklum balas tentang kehendak orang ramai dalam supplemen dan berusaha untuk menghasilkan produk khas yang disokong oleh sains dan juga bersedia untuk membuat pembaharuan.

Kami percaya integrasi adalah penting dalam industri kesihatan dan kami sentiasa menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang berlandaskan bukti supaya pengguna kami dapat membuat pertimbangan yang wajar dalam menambahbaik mutu kehidupan mereka.

PIAWAIAN ANTARABANGSA
line

Kami melakukan proses penyelidikan dan pembangunan yang berterusan di kemudahan perkilangan yang ditauliahkan dengan GMP.

Peraturan-peraturan ini di bawah kuasa undang-undang menetapkan bahawa pengilang, pemproses, dan juga pembungkus ubat-ubatan perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan bahawa produk mereka adalah selamat, tulen dan berkesan.

Kami menyokong pawaian antarabangsa yang ketat ini dengan audit Jaminan Mutu (Quality Assurance) oleh syarikat kami dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.


logo