Fakta-Fakta Mata

Sumber: National Institutes of Health (NIH)
STRUKTUR MATA & FUNGSINYA

Walaupun mata kita kecil berbanding dengan kebanyakan organ tubuh yang lain, strukturnya adalah amat kompleks. Sebelum kita meneliti bagaimana mata berfungsi, mari kita mulakan dengan gambaran keseluruhan asas struktur yang menjadikan mata dan fungsinya.
» lebih lanjut
Bahagian Mata | Fungsi-Fungsi |
Kornea |
|
Iris |
|
Anak Mata |
|
Kanta |
|
Retina |
|
Saraf optik |
|
Makula |
|
Fovea |
|
Gel kekaca |
|
Rujukan:
1. American Foundation for the Blind.
2. National Eye Institute.
» kembali
BAGAIMANA MATA MANUSIA BERFUNGSI



TIP-TIP UNTUK MATA KEKAL SIHAT
Mata adalah bahagian penting bagi kesihatan anda. Terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk memastikan mata kekal sihat dan anda dapat melihat dengan baik.
Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk memastikan mata kekal sihat sehingga ke usia emas anda.
Pemeriksaan mata mengembang ialah satu-satunya cara untuk mengesan banyak penyakit mata yang biasa seperti glaukoma, penyakit mata diabetik dan degenerasi makular berkaitan usia (AMD) di peringkat awal.
Secara semula jadi, sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi antioksidan karotenoid lutein dan zeaxanthin yang melindungi mata anda daripada sinar lembayung ungu (UV) matahari yang sangat kuat dan cahaya biru berbahaya daripada skrin digital telefon pintar, televisyen, komputer dan skrin tablet. Dua antioksidan karotenoid ini juga penting untuk mengekalkan penglihatan mata yang sihat dan terang. Lutein dan zeaxanthin membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit mata seperti AMD atau katarak.
Selain itu, vitamin C, vitamin E dan asid lemak omega-3 ialah nutrient-nutrient penting untuk mata kekal sihat.
Cuba ambil makanan-makanan ini secara tetap:-
- Sayur-sayuran yang kaya dengan Lutein dan Zeaxanthin: Bayam, kubis kerinting
- Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C: Oren, betik, limau gedang dan buah sitrus lain
- Ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3: Salmon, tuna, tenggiri
Mempunyai berat badan berlebihan atau obes meningkatkan risiko anda untuk mendapat diabetes jenis 2 dan boleh membawa kepada penyakit mata diabetik, glaukoma atau kebutaan.
Merokok memberi kesan buruk kepada mata sama seperti kesannya kepada bahagian tubuh anda yang lain. Kajian telah mengaitkan merokok kepada peningkatan risiko mendapat AMD, katarak dan kerosakan saraf optik yang mana semua ini boleh membawa kepada kebutaan.
Cermin mata hitam adalah penting untuk melindungi mata anda daripada sinar ultra ungu (UV) matahari yang boleh menjadi berbahaya walaupun pada hari-hari yang berawan. Pendedahan yang berlebihan kepada radiasi UV meningkatkan risiko anda mendapat katarak dan degenerasi makular. Persatuan Optometri Amerika mengesyorkan penggunaan cermin mata hitam yang menghalang radiasi UVA dan UVB, yang boleh menapis sebanyak 75 hingga 90 peratus cahaya tampak, yang bebas daripada ketidaksempurnaan dan gangguan, dan mempunyai kanta kelabu untuk pengenalan warna yang betul.
Jika anda menghabiskan banyak masa memandang skrin digital dari komputer riba hinggalah kepada telefon pintar ataupun memfokuskan kepada satu perkara untuk jangkamasa yang lama, kadang-kadang anda terlupa untuk berkelip dan mata anda boleh menjadi teramat letih. Berkelip adalah cara anda boleh membawa air mata baharu ke permukaam kornea yang mana ini membantu mata anda kekal lembap dan bebas daripada bahan yang merengsakan. Cubalah peraturan 20-20-20 ini: Setiap 20 minit, pandang ke arah lain lebih kurang 20 kaki di hadapan anda selama 20 saat. Ini boleh membantu mengurangkan tekanan mata. Selain daripada itu, bangun dan berehat selama 15 minit sekurang-kurangnya setiap 2 jam.
Untuk mengelakkan risiko jangkitan, sentiasa basuh tangan anda dengan teliti sebelum memakai atau mengeluarkan kanta lekap anda. Pastikan anda membersihkan dan menyimpan kanta anda hanya di dalam larutan yang baharu dan menggantikannya mengikut arahan.
Hidup aktif secara fizikal boleh melewatkan bermulanya degenerasi makular berkaitan usia yang merupakan penyebab utama berlakunya kebutaan pada lewat usia.
Dengan air yang mencukupi, anda boleh menghasilkan air mata yang mencukupi untuk mata anda kekal lembap dan sihat.
» rujukan
Rujukan:
1. National Eye Institute. Simple Tips for Healthy Eyes.
2 .Everyday Health. 9 Simple Ways to Keep Your Eyes Healthy.
3. WebMD. 10 Tips for Healthy Eyes.
» tutup rujukan